Showing posts with label islamic p0st. Show all posts
Showing posts with label islamic p0st. Show all posts

Sunday, December 18, 2011

he didn't t0uch her.. ^_^

~assalamualaikum~
hari ini a'an just nak share apa yang a'an baca..hee

"jangan kalian sentuh seseorang wanita walaupun hatinya"
(imam As-Syafi'e) ^_^

!! ingat..panah pun jangan !!..hee
-actually..pendapat a'an b0ut that quote*maybe.. ermm..kalau seseorang LELAKI itu memang tidak ada perasaan terhadap seseorang WANITA itu..janganlah lelaki tersebut cuba untuk mencuri hati wanita berkenaan..
hee..faham?h0pe so..huhu
****************************************************************************
bermulaLah al-kisah..

komik ini dipetik dari bl0g Serikandi Sang Pencinta. dan wanwma.com
dilukis oleh Nurel Yana Maurad dengan tajuk The Pious Student.
inilah adalah kisah benar yang ditulis oleh Maulana Siddiue Ahmed Sahed Mudda Zilluhu. Boleh di dapai di dalam bukunya 'Adaa'bul Muta'allimeen'.
sebuah k0mik yang mengisahkan kemuliaan hati se0rang lelaki muslim yang cintakan Allah. Komik ini diadaptasi dari kisah yang..
a student was 0nce studying in Delhi. The night had already set in, as he sat al0ne in the m0sque. Studying by the lamp's flame.
In the same locality a y0ung lady was on her way t0 visit s0me relatives. However, a riot br0ke out and the street were n0t longer safe..
The y0ung lady c0uld find n0 place of refuge except this very m0sque.
when the student saw her, he ordered her t0 leave immediately.
He t0ld her 'it is n0t appr0priate f0r you t0 remain here because if the l0cal pe0ple see you here then this will be a cause f0r my disgrace, they will rem0ve me fr0m the masjid and this will cause harm t0 my studies. A riot has br0ken out in the l0cality and if i leave the masjid i fear that i w0uld be dish0nored.
up0n hearing these w0rds, the student kept quiet and asked her t0 sit in one c0rner. Thereafter the student returned t0 his c0rner and engaged himself in studying the wh0le night.
while studying he w0uld momentarily place his finger-tip on the flame of his lamp.
the y0ung lady had been carefully observing this.
sl0wly the night has brunt away. At the break of dawn, the student t0ld the y0ung lady said. 'the riot hs subsided and the r0ad is safe. Let me take you t0 your h0me'. The young lady said ' i'll n0t return h0me until y0u reveal t0 me, the secret f0r repeatedly placing y0ur finger tip on the flame of your lamp'. The student said, ' you sh0uld n0t c0ncern y0urself with that'.
nevertheless, the young lady persisted in her request. The student finally said, 'the devil repeatedly whispered int0 my heart and enc0uraged me t0 do evil with you. Hence i placed my finger tip on the flame and addressed myself thus:
'when you cannot bear the heat of the fire of this world, then h0w will you ever bear the painful fire of jahannam?..Allah, though His Grace protected me. Hearing this, the young lady returned h0me.
she was the daughter of a wealthly pers0n and she was ab0ut t0 be engaged to the son of an0ther wealthly pers0n.
after this incident she refused the pr0posal and said : " i desire t0 marry a certain student wh0 lives in such and such a masjid". Her parents and relatives started t0 convince her and many began entertaining bad th0ughts about her. When she observed this, she explained t0 them the entire incident..and said "i'll only marry him because he has the fear of Allah in this heart. And wh0ever fear Allah cannot harm t0 anyone".
finally, they were married and Allah made them pr0sper..
15) people marry for four reas0ns : 
-beauty
-wealth
social status..and virtue marry f0r virtue that you may be successful -Hadeeth-
what will be your reas0n??

*huhu..tiba-tiba teringat pesanan seseorang kepada diriku..
and it s0und like this:
'kalau kamu hendak mencari seseorang lelaki(suami) carilah di masjid-masjid.atau di surau-surau'
hee..*malu gitu* ~_~
but that truth.. ^__^
..wassalam..

Saturday, November 26, 2011

changes..hee

1 Muharram 1433H

~satu muharram detik permulaan~
~pengiraan tahun islam hijrah~
~penghijrahan nabi dan umat islam~
~dari kota mekah ke kota madinah~

aishhh..a'an ternyanyi plak..hee..malu-malu..

opzzz!!!lupa plak..

salam maal hijrah semua..huhu

semua tadi dah baca doa akhir dan awal tahun blum td??hee

disebabkan hari ini awal muharam..
mean dah masuk tahun baru dalam bulan islam..

i dont know why..
tapi rasa sedih plak..
hermm
maybe sebab sudah masuk tahun baru kut..
or
berapa banyak dosa yang a'an telah buat..
and
berapa banyak amalan kebaikan yang a'an telah lakukan..


but for me..i wanna be a better pers0n in the future..
what is past..let it go away..

now..we start it with new..

bila lagi kan kita mahu hijrah seperti penghijrahan nabi dan umat islam dahulu..

pray f0r me..kay~
  
dengan lafaz basmalah..a'an try menjadi lebih baik dari sebelum ini..
huhu..
azam baru ke??
ntah la..

^_^

btw..kepada mereka yang sedang hangat bercinta..
j0m ikut a'an..

~haiyaa~

huhu

kita hijrah bersama-sama..

"jika sekarang..kita cintakan lelaki or perempuan yang tidak halal buat kita,
HIJRAHkan rasa cinta itu kepada Pencipta lelaki or perempuan tersebut,
jika sekarang..kita cintakan harta berjuta billi0n,
HIJRAHkan rasa cinta itu kepada sedekah jariah yang lebih menguntungkan,
jika sekarang..cinta kita kepada dunia yang lebih utama,
HIJRAHkan rasa cinta itu kepada cintakan akhirat.."

cintailah ILAHI yang kekal abadi..yang tidak mati..m0ga hidup kita diberkati..

insyaAllah ^_^




Sunday, July 31, 2011

ramadhan kareem =)

..ASSALAMUALAIKUM...
"SeLaMat menaiki penerbangan RAMADHAN AIRLINES !!!
pesawat anda bern0mbor 1432H dengan tujuan untuk mencapai TAQWA..
kita akan terbang dengan ketinggian 30/30 hari keatas permukaan haus dan lapar..
para penumpang di WAJIB kan untuk memasang niat PUASA
نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى


 dan menegakkan kerusi anda yang bernama SOLAT..

hidangan al-Quran setiap masa kami akan bekalkan kepada para penumpang
 
'SAYA SELAKU PILOT YANG BERTUGAS MENGUCAPKAN
 
~SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA~
penerbangan anda akan berlepas..setelah berkumandang alunan azan magrhib hari ini...

Saturday, June 25, 2011

♥ Untuk Suami & Bakal2 Suami♥




( Dan tidak lupa kepada Isteri & Bakal2 Isteri )

~ selamat membaca dan menghayati ~
......
Perempuan bagaikan angin,
lembutnya melenakan,
ributnya menggusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibu,
menyaji kasih, menghidang sayang,
adakalanya mereka seperti anak,
ingin dibelai, minta dimanjakan,
adakalanya mereka seperti nenek,
berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun,
merekalah insan yang terhampir,
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

( i )

Psst….
Tiba-tiba isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana si dia tak akan terdaya
mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.
Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.
Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.

Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang…… buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas…..
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
” Sayang abang tak ulang lagi ”
katakan ” Sayang….abang alpa ”
bisikkan ” Darling.. I lupa..”
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci

Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam
tetapi…
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

( ii )

Arghh…
tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya ” Seabadi permata….
segermelapan intan ” …
sedangkan ditangan kita
cuma cincin tembaga.

Aduh…
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya
dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir…
permata yang dipilih
perlu digilap semula.

Namun
putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha.
justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan berkeras
lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama
bisikkanlah ” Duhai isteriku…
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini.”

( iii )

Puuuh…
Akan tiba masanya bila ‘isteri’ di hati tapi kurang di mata
usia meningkat kecantikan tergugat dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.
itulah cinta sejati.

Namun tidak salah
di samping menyanjung budi,
kita merampingkan ‘body’
kalau ada kesempatan
ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
tapi ingat niat kerana Tuhan
bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan
sama-samalah merampinkan badan
yang terlebih dikurangkan
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.

Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa
lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan
hidup berdua, ‘selepas’ mati pun bersama.

( iv )

Uhhh….
Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu

Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.

Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan

Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara ‘indirect’ dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, bertaubatlah

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :

” Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak
membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu.
Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita…
lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya ? ”

( v )

Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.

Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita makin waja.
Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.

Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya…

Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu
pada malam nanti :

Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati
seorang isteri.
Janji yang termeterai
di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur
buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi
derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi
nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan
pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itu
sangat tinggi maharnya.

Isteri…
tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila
yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu…..
seorang isteri.

❤¸¸.•*¨*•❤¸¸.•*¨❤¸¸.•*¨*•❤¸¸.•*¨❤¸¸.•*¨*•❤¸¸.•*¨❤¸¸.•*¨*•❤
fo0t n0te : - i just c0py fr0m my seni0r..hee